Assalamualaikum,
Sebenarnya dah lama aku nak ke Tanah Suci Allah ni. Kalau difikir2 balik rasanya tiap2 tahun buat planning. Tapi tulah belum dijemput untuk jadi tetamu Allah kan. Memang x pernah jadi. ALHAMDULILLAH tahun ni merupakan final year aku as a medical student. Insya Allah aku akan menjadi pegawai perubatan tak lama lagi. So masa ni macam biasalah, orang kata tanam anggur. LOL. Tapi anggur aku berkualiti tau. Crunchy dan manis lagi (angkat bakul sendiri sat). So, nak dijadikan ceritanye, sementara aku tanam anggur berkualiti aku tu, mak aku pun suggestla untuk menunaikan UMRAH. Wahhh aku punya seronok tak terhingga.
Hari Sabtu dan Ahad lepas aku dan mak aku pergi kursus Umrah yang dianjurkan oleh Andalusia Travel & Tours (kitorang ikut pakej dia la ni). Seronok jugela dengar ustaz tu berceramah. Point yang aku paling ingat ustaz tu cakap shopping kat Mekah dan Madinah dapat pahala sebab Nabi Ibrahim AS berdoa pada Allah supaya perniagaan di kedua tempat ni maju. Apa lagi, dalam hati ada tamanlah. Mana aku pernah dengar shopping dapat pahala. Yelah maybe adala kalau shopping ke arah yang membina masyarakat tu. Masalahnye aku slalu shopping menghabiskan duit. Tang mana yang nak membina masyarakat tu pun x sure. Anyways, yang aku nak bercerita sangat ni, aku pergi kursus Umrah ni dengan memakai salah satu baju Jubah cotton yang sleeveless tu.
10 comments:
salam... tq for viewing my blog. btw saya sgt gilerkan maxi dress. nnt sy shopping insyaAllah :) maybe next year? prgi umrah? bestkan? bila prgi...saya pun insyaAllah pergi.. insyaAllah 4/4/13 berangkat ke sana. dgn andalusia jgk :) salam kenal ya...
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana jengah blog kita. Kita ni dah tua, fesyen ni sesuai untuk anak remaja kita, nantilah kita suruh dia tengok. Kita dulu 3 tahun duduk di Arab Saudi, Alhamdulillah sangatlah....umrah dan haji tertunai sudah...rindu kepingin nak pergi lagi.....
Wsalam, black jubah: saya memang x pernah pergi lagi Mekah..memang x sabar betul. Hehe haa bolehla suruh dia tngok2 mana yang berkenan..
nurul hidayah: saya pergi 22/1/13..x lama dah...ooo ikut andalusia jugak eh..hehe...nanti shoppingla maxidress atau jubah ni ye..hehe boleh pakai hari2..kain lembut dan selesa.kalau nak dtg rumah try pun boleh :)
jalan jalan sini ... ade bisness... kita tegok tengok dulu ehhh...
Salam wbt.
cantik jubah tu! :)
untung sangat nak pegi umrah. teringin juga sebenar nye.. tapi masih tak berkesempatan...
salam..datang ke sini atas jemputan..^_^
insyaallah akan review koleksi cik adik manis yer.
wsalam, memang rasa sangat beruntung dapat peluang jadi tetamu Allah. jemputla ye tengok2.. belila selai due. hehe
Alhamdulillah rezeki kalau dapat p masa muda :)
Cantik jubah :D
cantik =)
insyallah ada rezeki. .saya pun teringin ke sana
Post a Comment